Hari ni nak kongsi resipi x sihat - kata orang. Kebanyakkan individu skrg terlalu memilih makanan, x mahu yg berminyak atau bersantan. Kalau masak kari pun xder santan, kalau boleh elakkan yg bergoreng, kukus atau bakar tawar. Ini yang saya maksudkan dengan resipi tidak sihat. Pada pendapat saya tidak salah untuk makan tetapi anda sebagai pengguna perlu bijak untuk menyesuaikan dan menghadkan quantiti makanan anda.
Tapi alhamdullilah kami sekeluarga tidak mengamalkan diet sihat seperti mereka2 itu, namun tidak pernah berlebih2an lar. Resipi hari ini adalah - GULAI LEMAK PUCUK PAKU. Ehmm, ada pulak yang x boleh makan pucuk paku, katanya angin. Well, u know ur body better!
Bahan2 :
1 ikat pucuk paku
1/2 biji kelapa (jadikan santan 1 mangkuk - biar sedikit pekat)
10 biji cili padi - di kisar (nak lebih pedas, tambah lagi)
2-3 biji bawang merah - dihiris (bawang besar pun bole)
2-3 ulas bawang putih - dihiris
1 btg serai - diketuk
1 kpg asam keping
Kunyit (hidup atau serbuk pun bole)
Garam dan Perasa secukupnya.
Cara2 :
- Potong pucuk paku agak2 dlm 1inci pjg. Mulakan dari pucuk sehingga bahagian yg agak lembut. Anda boleh rasa ketika memotong, bahagian keras akan agak sukar utk dipotong.
- Masukkan pucuk paku tersebut kedlm periuk dan celur sehingga separuh masak. Masukkan secubit garam. Setelah itu angkat dan toskan.
- Masukkan pucuk paku yg telah dicelur kedlm periuk kembali. Masukkan cili padi, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam periuk bersama sedikit air. Biarkan ia mendidih seketika.
- Kemudian masukkan santan, asam keping, kunyit, garam dan perisa secukupnya.
- Kacau sehingga mendidih. Jangan dibiarkan kerana santan anda akan pecah dan rasanya tidak enak.
- Sedia untuk di hidang.
0 comments:
Post a Comment