Kek Coklat Moist - Kukus/Bakar

Thursday, May 6, 2010

Salam.

Hari ni kita belajar buat kek pulak. Ye lar drpd beli smpi berpuluh2 ringgit tu apa salahnya cuba buat sendiri, yang pasti hati akan berbunga riang jika kek anda dipuji. Tapi kalu x jadi tu, jgn lar mengalah, cuba lagi sampai berjaya. Usaha itukan tangga kejayaan, tapi mana tangga tu? (Boy pernah tanya si Ayah soalan ni, terkedu sekejap si Ayah heh heh!). Apapun inilah hasil kek yg saya buat tempohari utk jamuan perpisahan guru KAFA di sekolah anak saya.

KEK COKLAT MOIST - Resipi ni boleh dibuat untuk kukus atau bakar, terpulang pada anda kerana saya sudah mencuba kedua2nya. Dan yang paling saya suka adalah kerana bahan2 utk resipi ini kebykkannya mudah di dapati dan mungkin ada di dapur anda skrg.



Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 sudu kecil baking powder
3 biji telor
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis

Cara2:
  1. Ayakkan tepung, serbuk koko, soda bicarbonat dan baking powder bersama. Ketepikan dahulu.
  2. Pukul telor bersama gula yang telah dicairkan bersama air panas sehingga agak kembang. Masukkan susu dan minyak. Kacau sebati.
  3. Campurkan adunan tepung sedikit demi sedikit kedalam mangkuk. Kacau sebati.
  4. Sedia utk dibakar atau kukus. Bakar pada suhu 200djh selama 55min. Kukus pula selama 45min. Gunakan lidi untuk memastikan kek anda sudah masak. Adunan yg tidak melekat pada lidi menunjukkan kek anda sudah masak sepenuhnya.
Nota :
  1. Untuk toping pula saya hanya menggunakan 3kpg dark chocolate dan whipping cream yang di masak pada suhu sederhana. Campurkan kedua2 bahan dan kacau sehinga ia hampir mendidih dan angkat. Biarkan sejuk sedikit sebelum menuangkan ke atas kek. Pastikan juga kek anda telah sejuk sepenuhnya.
  2. Anda boleh mendapatkan hiasan lain spt bunga atau gambar untuk diletakkan di atas kek anda di kedai bakeri.
  3. Anda juga boleh menggunakan resipi yang sama untuk cupcake, spt yg telah saya lakukan.
Selamat mencuba.

Nasi Goreng Kampung

Tuesday, May 4, 2010

Salam.

Resipi hari ni simple jer ... NASI GORENG KAMPUNG. Ini permintaan anak bujang saya, beegan, ini mmg kesukaan dia. Tapi kesukaan dia ni byk, ini salah satu jer. Nak citer sikit pasal si Beegan ni, satu tabiat buruk yang ada pada dia adalah - makan lambat. Bukan lewat tapi lambat, maksudnya kalau kitaorg makan sama2 dialah yang paling last habis. Kekdg tu dah siap kemas meja pun dia still kat situ, nak kata apa tabiat mak dia masa dulu. Ibu dia ni dulu (skrg x lagi tau!) walau dah bujang, mmg jenis makan lambat lagi satu suka simpan lauk kat tepi konon nak ratah last, org dah sudah dia masih di meja makan. Masa kecik dulu selalu bergaduh ngan abg dia coz dia selalu curi lauk yg kat tepi pinggan tu, hampeh! Yang pasti kalau arwah Ma masih ada, dia pasti akan kata, "hah tu lar, ikut perangai mak dia masa kecik lar ni!".

So, let's continue.

Bahan2 :
2 mangkuk nasi putih
Sedikit ikan bilis goreng
4 tangkai sayur kangkong - dipotong 1inci
2 btg kacang panjang - dipotong 1inci
2 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1 biji bawang besar - dihiris (bawang kecil pun bole)
2 biji bawang putih - di ketuk
Sedikit belacan
2 biji telor
2 camca besar sos tiram
Sedikit minyak
Garam dan Perasa secukupnya


Cara2:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masuk bawang putih, bawang besar, sos tiram dan belacan, goreng sehingga kekuningan dan garing.
  2. Masukkan pula sayur kangkong, kacang panjang dan cili padi. Kacau sehingga separuh masak. Buat bulatan di tengah dengan mengenepikan bahan2 yg telah ditumis ke tepi kuali. Pecahkan telor, biarkan sediki garing sebelum dikacau bersama bahan lain dlm kuali.
  3. Masukkan nasi dan ikan bilis bersama. Kacau rata.
  4. Sedia untuk di hidang.
Untuk lebih sedap, taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kalau ada sup kosong lagi terangkat!

Okey, selamat mencuba.

Gulai Lemak Pucuk Paku

Sunday, May 2, 2010

Salam.

Hari ni nak kongsi resipi x sihat - kata orang. Kebanyakkan individu skrg terlalu memilih makanan, x mahu yg berminyak atau bersantan. Kalau masak kari pun xder santan, kalau boleh elakkan yg bergoreng, kukus atau bakar tawar. Ini yang saya maksudkan dengan resipi tidak sihat. Pada pendapat saya tidak salah untuk makan tetapi anda sebagai pengguna perlu bijak untuk menyesuaikan dan menghadkan quantiti makanan anda.

Tapi alhamdullilah kami sekeluarga tidak mengamalkan diet sihat seperti mereka2 itu, namun tidak pernah berlebih2an lar. Resipi hari ini adalah - GULAI LEMAK PUCUK PAKU. Ehmm, ada pulak yang x boleh makan pucuk paku, katanya angin. Well, u know ur body better!

Bahan2 :
1 ikat pucuk paku
1/2 biji kelapa (jadikan santan 1 mangkuk - biar sedikit pekat)
10 biji cili padi - di kisar (nak lebih pedas, tambah lagi)
2-3 biji bawang merah - dihiris (bawang besar pun bole)
2-3 ulas bawang putih - dihiris
1 btg serai - diketuk
1 kpg asam keping
Kunyit (hidup atau serbuk pun bole)
Garam dan Perasa secukupnya.

Cara2 :
  1. Potong pucuk paku agak2 dlm 1inci pjg. Mulakan dari pucuk sehingga bahagian yg agak lembut. Anda boleh rasa ketika memotong, bahagian keras akan agak sukar utk dipotong.
  2. Masukkan pucuk paku tersebut kedlm periuk dan celur sehingga separuh masak. Masukkan secubit garam. Setelah itu angkat dan toskan.
  3. Masukkan pucuk paku yg telah dicelur kedlm periuk kembali. Masukkan cili padi, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam periuk bersama sedikit air. Biarkan ia mendidih seketika.
  4. Kemudian masukkan santan, asam keping, kunyit, garam dan perisa secukupnya.
  5. Kacau sehingga mendidih. Jangan dibiarkan kerana santan anda akan pecah dan rasanya tidak enak.
  6. Sedia untuk di hidang.
Selamat mencuba!

Sambal Mangga

Wednesday, March 31, 2010

Salam.

Rezeki pagi! Hari ni balik breakfast kat McDee tu singgah rumah kawan. Lepas chit chat 2-3min waktu nak balik dia offer mangga muda tapi katanya dah separuh masak. So diberilah olehnya kepada aku sebanyak 2biji. Mulanya tu ingat still rangup boleh lar buat kerabu mangga tapi bila bawak balik satu jer yang boleh sagat, lagi satu dah masak sgt. So, dalam pikir2 tu teringat sambal kerabu yang arwah Ma selalu buat. Inilah hasilnya, dan kali ini aku siapkan dengan kronologi untuk memudahkan kengkawan yang lain.

Lupa pulak nak ambik gambar mangga tu ... heh heh.








Bahan2 :

1 biji mangga (muda atau separuh masak pun bole)
4 biji cili hidup } kalau nak pedas
4 biji cili padi } tambah lagi
1 biji bawang besar (bawang kecil pun bole)
2-3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit udang kering (sangai)
1 biji limau nipis
Garam & Gula secukup rasa

Cara2 :
  1. Gambar mula2 menunjukkan hasil mangga yang telah diparut tu.
  2. Tumbuk cili hidup, cili padi, bawang besar, bawang putih, belacan dan udang kering dlm lesung sehigga 3/4 lumat ... ikut suka nak lumat betul pun bole.
  3. Gaul semua dalam satu bekas. Masukkan garam, gula dan limau nipis secukupnya.
  4. Sedia utk di hidang.
Nota : Pada yang tidak faham, sangai bermaksud goreng tanpa minyak.

Hmmmm ... sedap betul, ratah camtu pun sedap beb! Okey guys, selamat mencuba.

BIHUN SUP SIMPLE

Sunday, March 28, 2010

Salam.

Hari ni consider hari malas (Monday Blues!) ... so kita mulakan hari ini dgn resipi pertama yang paling2 simple ... budak 7thn pun bole buat, tapi awas ... org dewasa sila supervise, jgn biarkan anak2 anda berada di dapur seorang diri!











Bahan2:
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
1/2 bungkus bihun (+/-150gm)
1 pkt perencah sup siam adabi
1 biji bawang besar } dihiris
2 biji bawang putih } dihiris
Bunga Lawang/Cengkih
Pelaga/Kayu Manis
2 Liter Air
Sedikit Minyak
Sedikit Garam
Sawi & Taugeh } dicelur
Daun Sup

Cara:
1. Rebus air bersama sedikit garam. Masukkan bihun yg telah direndam seketika apabila air mengelegak. Apabila lembut, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dlm periuk. Tumiskan bawang putih, bawang besar, bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga naik bau harum.
3. Masukkan ayam, biarkan seketika. Kacau semula sehingga ayam setengah masak.
(Ayam dibiarkan seketika selepas dimasukkan dlm periuk untuk mengelakkan ia melekat.)
4. Setelah itu masukkan rempah sup siam dan kacau rata semula.
5. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih.
6. Sedia untuk dihidang bersama sawi dan taugeh yg telah di celur.

Selamat mencuba.

ps. - gambor xleh upload plak hari ni, masalah server kut. Nnt saya try next time eh.

Adios.

30/03/2010 - Gambar dah boleh upload.

Selamat Datang ...

Monday, March 22, 2010

Salam.

Selamat bertandang ke laman dapur Suri. Di sini akan saya kongsi berbagai-bagai resipi yang telah dicuba sendiri oleh tuan punya laman ini. Tidak ketinggalan juga resipi yang menarik dan mudah untuk dicuba oleh kengkawan yang lain.

So, pada kengkawan yang rasa nak berkongsi resipi di laman ini, bolehlah YM saya di leeza_ismail@yahoo.com ataupun email ke hasleeza@gmail.com.

Adios.

Laman Resipi Suri Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino